Maxis Beli Aset Perniagaan Jalur-Lebar Astro Pada Nilai RM83 Juta

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 8:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maxis Beli Aset Perniagaan Jalur-Lebar Astro Pada Nilai RM83 Juta

Maxis hari ini mengumumkan perjanjian jual-beli bersama Astro Malaysia, dimana Maxis akan membeli aset perniagaan jalur-lebar milik Astro pada nilai RM83 juta. Proses jual-beli ini dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang suku kedua 2027 kelak.

Dengan langkah ini, Astro dilihat akan menerima dana yang boleh terus dilaburkan pada operasi jangka panjang syarikat berkenaan, dan pada masa yang sama lebih memfokuskan perniagaan dalam arena kandungan, hiburan dan pengiklanan.

Maxis dilihat akan membayar kepada Astro berdasarkan angka pelanggan yang berpindah ke Maxis. Nilai penuh RM83 juta dibayar sekiranya 155,000 pelanggan atau lebih berpindah ke Maxis, dan nilai bayaran akan dikurangkan sekiranya angka pelanggan yang berpindah adalah rendah daripada angka berkenaan.

Untuk makluman, sejak Februari 2026 lepas, pihak Astro sedia menghentikan pengambilan pelanggan baharu untuk pakej dan penawaran perkhidmatan Astro Fibre mereka. Dengan penjualan ini, kita juga mungkin melihat peralihan pelanggan sedia ada kepada fasa seterusnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved