Maxis, BHPetrol jalin kerjasama laksana transformasi digital pertingkat pengalaman runcit pelanggan

LocalBusiness & Finance
13 Jun 2023 • 5:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maxis, BHPetrol jalin kerjasama laksana transformasi digital pertingkat pengalaman runcit pelanggan

diyana

13/06/2023 - 17:33

KUALA LUMPUR 13 Jun - Maxis telah dipilih oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) untuk melaksanakan transformasi digital di semua stesen runcit BHPetrol bagi mempertingkatkan pengalaman pelanggan.

Di bawah kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN terurusnya (Software-Defined Wide Area Network) untuk menyokong terminal pembayaran di setiap pam minyak dan sistem kaunter bayaran di semua stesen runcit BHPetrol di Semenanjung Malaysia.

SD-WAN adalah teknologi rangkaian yang menawarkan rumusan bagi kesalinghubungan yang fleksibel, boleh dinaik taraf dan berpatutan sambil menggabungkan langkah-langkah keselamatan tersedia untuk memastikan perlindungan komunikasi secara menyeluruh.

Sehingga kini, SD-WAN Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 lokasi, dengan pelaksanaan di beberapa stesen lain dijangka selesai menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata kerjasama penting ini membolehkan Maxis menawarkan keupayaan unik dan pengalamannya dalam menyediakan teknologi rangkaian generasi seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad mengulas, "Kerjasama strategik ini sejajar dengan komitmen kami untuk memanfaatkan kuasa digitalisasi dalam mempercepatkan pertumbuhan kami.

“Kami yakin bahawa kerjasama ini akan membolehkan kami memupuk lebih banyak inovasi, meningkatkan operasi, dan yang penting sekali, meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan di BHPetrol,” tambahnya.

BHPetrol membayangkan masa depan pengalaman runcit yang memerlukan rangkaian yang boleh dipercayai, berkelajuan ultra-tinggi yang boleh direlisasikan oleh SD-WAN Maxis.

Kedua-dua syarikat juga sedang meneroka peluang masa depan untuk melaksanakan teknologi Runcit Pintar, termasuk analitik tingkah laku membeli-belah, pembayaran dekat, dompet mudah alih, dan penyelesaian pengesahan biometrik.

Bagi meraikan kerjasama ini, Maxis dan BHPetrol menawarkan rebat tunai eksklusif kepada pengguna Maxis dan Hotlink di aplikasinya sehingga 30 Jun 2023. -DagangNews.com