Maxis Dan Nokia Umum Kerjasama Untuk Memacu Ketersambungan Generasi Baharu

TechnologyDigital
11 Mar 2024 • 10:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maxis dan Nokia kini umumkan kerjasama, dimana kedua-dua syarikat akan bersama-sama membangunkan dan memacu ketersambungan rangkaian generasi baharu. Antara yang akan menjadi fokus hasil kerjasama ini adalah dalam menambah baik sekuriti rangkaian, selain meningkatkan kebergantungan serta kebolehpercayaan terhadap rangkaian.

image is not available

Maxis menyatakan akan bekerjasama dengan Nokia dalam mengimplementasi pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan Nokia pada rangkaian Maxis di Malaysia. Salah satunya adalah termasuk integrasi perlindungan daripada ancaman komputer biasa, mahupun komputer kuantum.

Disamping itu, kedua-dua pihak turut akan bekerjasama dalam arena pelaksanaan pembangunan rangkaian yang efisien pada persekitaran awanan. Ini juga dilihat selari dengan permintaan rangkaian yang meningkat dari hari ke hari.

Nokia sendiri menyatakan mereka gembira untuk bekerjasama dengan Maxis dalam terus menambah-baik infrastruktur rangkaian, selain meneroka kepada sejumlah teknologi rangkaian baharu di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved