Telegram, MCMC bekerjasama cegah penipuan, judi dalam talian: Fahmi

10 Mar 2024 • 5:12 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Kerjasama Telegram dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya membendung penipuan dan perjudian dalam talian di platform itu, tetapi cabaran berterusan apabila penipuan baharu muncul sebaik sahaja saluran lain ditutup.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Telegram bekerjasama dengan baik dengan MCMC dalam mengawal selia kandungan sedemikian, bagaimanapun beberapa tindakan susulan masih diperlukan.

“Telegram membantu menurunkan kandungan dan saluran yang melibatkan perjudian dalam talian. Saluran perjudian dalam talian ini kreatif.

“Masalah yang kita hadapi ialah bila ditutup satu saluran, dibuka saluran lain. Jadi kita berharap kerjasama (dengan Telegram) dapat berada pada tahap yang lebih baik pada masa hadapan.

“Kami juga membincangkan cara yang lebih mampan untuk lawan penipuan dan perjudian dalam talian, media sosial lain dan platform pemesejan dalam talian juga. Jadi beberapa perkara perlu dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pemeriksaan kesihatan mata di Lembah Pantai, di sini hari ini.

Minggu lalu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov berkata, platform itu bersedia untuk menyelaraskan aspek kawal selianya, selepas pertemuan dengan Fahmi di Dubai.

Selain isu kawal selia dengan Telegram, mesyuarat itu juga membincangkan perkara mengenai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu. – 10 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved