Maxis Menawarkan Perkhidmatan GPU Awanan NVIDIA H100 Kepada Pelanggan

TechnologyDigital
26 Aug 2024 • 5:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila bercakap mengenai Maxis, perkara pertama yang muncul di kepala orang ramai ialah perkhidmatan telekomunikasi selular dan juga internet jalur lebar di rumah. Hari ini Maxis menjadi syarikat telekomunikasi Malaysia pertama yang menawarkan perkhidmatan GPU awanan kepada pelanggan mereka.

image is not available
GPU NVIDIA H100

Penawaran GPU-sebagai-pekhidmayan (GPUaas) ini pada awalnya akan memberikan pelanggan akses kepada GPU NVIDIA H100 bagi melakukan pelbagai keperluan syarikat seperti melatih model AI. Kelak Maxis juga akan turut menawarkan akses kepada GPU GB200 Grace Blackwell yang terkini.

Perkhidmatan GPUaas Maxis ingin memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna awal merentas industri seperti pembuatan, penjagaan kesihatan dan logistik. Pelanggan boleh mempercepatkan pertumbuhan dan inovasi dengan mengakses kluster GPU melalui sambungan mudah alih tetap atau 5G sedia ada.