
Maxis kini mengemaskini penawaran Maxis Home Fibre, sekaligus menawarkan pelan pada kelajuan mencapai 3Gbps dan 5Gbps. Buat masa ini, pelan ini terbuka di beberapa kawasan terpilih sahaja secara terhad.
Melalui penyenaraian Maxis, mereka menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan mencapai 5Gbps ini di Pavillion Damansara Heights, TRX Residences, Duta Park Resident, Jendala Residences KLGCC Resort, Skylon Residences, dan EST Seputeh untuk kawasan Kuala Lumpur, dan hanya di Denai Alam di Selangor.

Maxis Home Fibre 3Gbps ditawarkan oleh Maxis pada harga RM399 sebulan, sementara Maxis Home Fibre 5Gbps ditawarkan pada harga RM499 sebulan. Maxis memberikan 2 unit mesh untuk pelan 3Gbps, dan 3 unit mesh untuk pelan 5Gbps. Pelan ini mungkin menjadi pilihan pengguna baharu berbanding penawaran sedia ada yang menawarkan pelan 2Gbps pada harga RM319 sebulan.
Dengan langkah Maxis ini, kita mungkin melihat penyedia lain turut mengambil langkah untuk menawarkan internet dengan berkelajuan mencapain 5Gbps ini lebih meluas. Pada hari ini, kebanyakkan syarikat perkhidmatan memfokuskan penawaran internet berkelajuan sehingga 1Gbps atau 2Gbps sahaja.


