
OpenAI kini membuka semula langganan untuk ChatGPT Pro 200 selepas menutupnya sementara dalam menampung permintaan untuk GPT-6 Astra. Bersama-sama dengan penawaran semula pelan tersebut, kini OpenAI turut memperkenalkan pelan ChatGPT Pro 500 yang ditawarkan pada harga langganan RM2,100.

Pelan ini dilihat menawarkan akses untuk model Pro paling berkuasa, beroperasi dengan pantas di ChatGPT Work dan juga Codex, storan sehingga 100GB, serta akses kepada model baharu dengan lebih awal. Pelan ini juga tiada paparan pengiklanan.
Bagi pengguna tegar ChatGPT yang menggunakannya dalam pelbagai tugasan, dan mungkin menjalankan sejumlah ejen AI menggunakan ChatGPT, mungkin boleh menyemak penawaran ini. Langganan untuk ChatGPT Pro 500 ini sudah boleh dilakukan melalui laman dan aplikasi ChatGPT.




