Maxis nafi R00TK1T godam sistem dalaman untuk curi data

Technology
5 Feb 2024 • 4:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Maxis telah mengumumkan bahawa mereka tidak menemui sebarang kerentanan data pada sistem dalaman mereka sebaliknya tidak menolak kemungkinan kebocoran data, sekiranya ada, berlaku berpunca daripada kontraktor pihak ketiga mereka.

image is not available

Ia adalah respons kepada dakwaan kumpulan penggodam yang mendukung nama R00TK1T yang mengatakan mereka berjaya beroleh data sensitif Maxis apabila berkongsikan beberapa tangkap layar. Daripada tangkap layar tersebut, kelihatan beberapa maklumat berkaitan router seperti Huawei LG8245 dan Kaon AR2140 serta AR1344E, kesemuanya router yang digunakan oleh Maxis pada perkhidmatan jalur lebar mereka.

image is not available

Berbalik kepada kenyataan Maxis, mereka tidak memetik sebarang nama khusus untuk dikaitkan dengan kerentanan ini. Walau bagaimanapun, sebuah syarikat yang bernama Aminia adalah merupakan salah satu kontraktor pihak ketiga Maxis dikatakan R00TKIT sebagai mangsa pertama kempen godaman kumpulan itu terhadap Malaysia.

Aminia adalah sebuah syarikat penyedia penyelesaian dan integrasi sistem berkaitan rangkaian yang turut memberi khidmat pada telco lain dan salah satu produk mereka adalah router Wi-FI MA-131 dan MA-141 yang banyak dijual secara dalam talian.