
LAHAD DATU: Mayat bayi lelaki yang baru lahir ditemui dalam tong sampah di kawasan Fajar, di sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah, ACP Dr Rohan Shah Ahmad dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, mayat itu ditemui oleh pemandu kontraktor lori sampah ketika mengutip sampah di kawasan itu kira-kira 11.30 malam.
Rohan berkata, bayi itu dibalut menggunakan baju wanita warna kelabu dengan apabila lelaki itu menemuinya di atas timbunan sampah.
“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Lahad Datu bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan sebaik menerima maklumat mengenai penemuan itu.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Mayat bayi yang baru lahir itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya.
Menurut Rohan, kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi tak bernyawa.
Beliau berkata polis telah melancarkan usaha untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kes itu.
“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505 atau Polis Lahad Datu di 089-881255,” katanya lagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
