Mayat bayi berbalut lampin ditemukan di PPR Gua Musang

13 Aug 2025 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat bayi lelaki ditemukan berbalut dengan kain lampin berdarah berhampiran pondok dekat kawasan taman permainan PPR Gua Musang pada Selesa. Foto Hiasan

GUA MUSANG – Mayat bayi lelaki ditemukan berbalut kain lampin berdarah berhampiran sebuah pondok dekat kawasan taman permainan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini pada Selasa.

Bayi terbabit dipercayai dijumpai oleh dua remaja lelaki pada jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan penemuan jasad bayi lelaki di kawasan PPR Gua Musang.

“Bayi berkenaan sudah tidak bernyawa ketika ditemukan penduduk.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.