Mayat bayi dalam kotak ditemui di tepi gerai

16 Apr 2025 • 8:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

LAHAD DATU, 16 APRIL: Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya sedang mengesan suspek kes pembuangan mayat bayi berkenaan.

“Bayi lelaki yang cukup sifat ketika ditemui dipercayai sudah meninggal dunia.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, lapor Berita Harian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 089-881255,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved