Mayat bayi dalam tangki tandas inap desa

8 Nov 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Polis sedang mencari seorang wanita berusia 20 tahun selepas mayat bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam tangki tandas sebuah inap desa di Aeropod, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah, berkata seorang pekerja membuat penemuan itu kira-kira jam 2.30 petang selepas terhidu bau busuk.

“Pemeriksaan mendapati bayi yang cukup sifat itu dibalut dengan beg plastik dan diletakkan di dalam tangki.

“Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Zaidi berkata, wanita yang dikesan itu telah mendaftar masuk ke inap desa itu tiga hari sebelum penemuan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 0111-2939436.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.