Mayat Bayi Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak, Suspek Kini Diburu Polis

LocalPolitics
24 Mar 2025 • 11:38 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penduduk Sabak Bernam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi dalam keadaan tertiarap di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam pada tengah hari Ahad.

Menurut laporan Sinar Harian, penemuan tragis itu berlaku apabila orang awam menemui mayat bayi berkenaan sebelum segera melaporkannya kepada pihak polis kira-kira jam 12 tengah hari.

image is not available

Foto: Berita AlHijrah

Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia pada jam 11:15 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya sedang giat mengesan individu serta suspek utama yang terlibat dalam kes ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani di talian 018-2510452 bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, beberapa keping gambar lokasi kejadian tular di Facebook selepas dimuat naik oleh pengguna media sosial.

Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)