Mayat lelaki hilang, dikhuariti lemas di Sg Melayu ditemui

11 Jun 2023 • 3:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Mayat seorang lelaki yang hilang dan dikhuatiri lemas dalam insiden bot karam di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik pada Jumaat, ditemui sekitar jam 7.30 pagi Sabtu – hari kedua Ops Carilamat dilancarkan.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahim Kasil, ditemui penduduk setempat di muara Sg Pukul, Pulau Sebatik.

Menurutnya, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Carilamat digerakkan ke lokasi penemuan bagi membawa mayat mangsa ke Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) untuk pengecaman, susulan makluman penemuan mayat tersebut. Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada Jumaat berikutan bot dinaiki pasangan suami isteri karam selepas berlanggar dengan objek tenggelam seterusnya hilang kawalan dan merempuh kawasan bakau.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Mangsa dan isterinya, Nurlina Aripin, 52, dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat perlanggaran tersebut.

Bagaimanapun, katanya, isteri mangsa berjaya diselamatkan penduduk setempat dan dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kaki, dipercayai terkena kipas enjin.

Amiludin berkata, Ops Carilamat yang dikoordinasikan Maritim Malaysia turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta komuniti setempat ditamatkan jam 8.30 pagi.

Sementara itu, beliau mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca buruk semasa menjalankan aktiviti di laut dan sentiasa menggunakan jaket keselamatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.