Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Terdampar Di Persisiran Pantai Queensbay, Ada Kesan Kelar Di Leher

5 Dec 2023 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam satu kejadian yang mengejutkan pada petang Ahad, mayat seorang bayi perempuan dijumpai terdampar di kawasan pesisiran Pantai Queensbay, Bayan Baru.

Menurut laporan, bayi itu ditemukan dengan kesan kelar di lehernya dan hasil bedah siasat di Hospital Pulau Pinang mengesahkan mangsa maut disebabkan kecederaan pada leher akibat dikelar (incised wound to the neck).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata bayi itu dipercayai hanyut dibawa arus sebelum terdampar di lokasi tersebut.

Selepas mendapat keputusan hasil bedah siasat, ia diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Pihak polis kini sedang mengesan saksi kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 months ago

"Saya Baru Lepas Bun*h Orang" - Suspek Tak Larikan Diri, Mayat Lelaki Berlumuran Darah Dijumpai Dalam Teksi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved