Mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di Pantai Queensbay

4 Dec 2023 • 8:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GEORGE TOWN, 3 DIS: Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi malang itu dalam keadaan bogel dan sempurna pada 5.55 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan yang dijumpai itu dipercayai dihanyutkan arus laut sehingga terdampar di tepi pantai tersebut.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pihak polis atau tampil di balai berdekatan untuk membantu siasatan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved