Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

30 Jun 2026 • 5:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

KUALA LUMPUR - Wanita yang mayatnya ditemui dalam sebuah bagasi di sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia akibat kesan tetakan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, keputusan itu diperoleh selepas bedah siasat yang selesai dijalankan di Hospital Serdang pada jam 6.20 petang semalam.

“Polis mengesahkan tiada sebarang tanda mangsa dikerat atau mana-mana anggota badannya dipotong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat itu telah disewa sepasang warga asing sejak Februari lalu.

“Polis sedang mengesan identiti mangsa serta individu yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu jelas Naazron, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan memiliki ahli keluarga atau pekerja yang dilaporkan hilang diminta tampil membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717,” katanya.

Terdahulu, polis menerima laporan pada jam 8.37 malam Ahad selepas orang awam mengesan bau busuk dari rumah sewa berkenaan, sebelum menemukan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah bagasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Getaran, 30 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved