Mayat disumbat dalam bagasi: Tiada bahagian badan dipotong - Polis

30 Jun 2026 • 3:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat disumbat dalam bagasi: Tiada bahagian badan dipotong - Polis
Naazron memaklumkan, punca kematian wanita yang ditemui dalam bagasi ialah luka tetakan di kepala.

KAJANG - Tiada bahagian badan yang terpisah atau dipotong membabitkan kes penemuan mayat wanita di dalam bagasi di Taman Impian Indah di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bedah siasat mangsa telah selesai dijalankan pada jam 6.20 petang, Isnin di Unit Forensik Hospital Kajang.

Menurutnya, punca kematian ialah luka tetakan di kepala.

"Tiada bahagian anggota badan mayat yang terpisah atau dipotong.

"Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, rumah tersebut merupakan rumah yang disewakan kepada sepasang suami isteri warga asing sejak bulan Februari lalu.

Jelasnya, sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga atau pekerja boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan misteri bau busuk dalam sebuah rumah di Taman Impian Indah membongkar penemuan satu mayat dalam bagasi.

Sepasukan polis termasuk Unit Forensik telah hadir ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 8.37 malam sebelum pemeriksaan mendapati satu mayat wanita di dalam bagasi di ruang tamu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved