Mayat dalam longkang: ‘Mangsa biasa duduk seorang diri, lepak di kedai’

13 Oct 2026 • 11:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat dalam longkang: ‘Mangsa biasa duduk seorang diri, lepak di kedai’

SEBERANG PERAI – Lelaki yang mayatnya ditemukan dalam keadaan berbalut dengan kain putih di dalam longkang kecil di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh di sini, dipercayai dikenali oleh orang awam di kawasan berkenaan.

Ini kerana, mangsa yang merupakan warga tempatan itu dikatakan sering dilihat berjalan seorang diri selain melepak di kedai berhampiran pasar awam tersebut.

Difahamkan, kehadirannya yang kerap di kawasan itu menyebabkan sesetengah peniaga dan pelanggan dipercayai mengenalinya.

Bagaimanapun, sehingga setakat ini, polis masih belum memaklumkan mengenai identiti mangsa dan motif kejadian berlaku.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan suasana di Pasar Awam Sama Gagah bertukar kecoh selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berbalut dengan kain putih yang ditemukan disumbat di dalam longkang kecil di belakang sebuah kedai makan di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki yang berbadan kurus dan dipercayai berusia lingkungan 50-an itu dijumpai orang awam, kira-kira pukul 7 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

 

The post Mayat dalam longkang: ‘Mangsa biasa duduk seorang diri, lepak di kedai’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved