Mayat dengan kesan tusukan ditemukan di Taman Tunku, Miri

14 Jan 2024 • 10:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUCHING - Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, laporan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu telah diterima pada 9.30 pagi semalam daripada orang awam.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang lelaki telah ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di hadapan sebuah bangunan.

"Sejurus menerima laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Alexson berkata, susulan daripada siasatan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta tampil ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi ASP Dorairajah di talian 085-433730. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved