Mayat disyaki mangsa bunuh ditemukan di ladang sawit

17 Jan 2023 • 1:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui bersebelahan sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna putih di dalam kawasan ladang kelapa sawit persendirian di Jalan Anjur Juara, Batu 5 di sini, pada Isnin.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan menerusi MERS999 sekitar jam 11.46 pagi daripada seorang lelaki warga tempatan yang menemui mayat tersebut.

Menurutnya, mayat lelaki itu dalam keadaan terbaring di kawasan ladang tersebut serta kereta Myvi tersebut, dipercayai kes bunuh.

“Mayat dijumpai dalam keadaan terbaring dan kembung dipercayai sudah beberapa hari di lokasi kejadian dan tiada tanda jelas kecederaan luaran. Tiada sebarang identiti ditemui pada mayat itu,” katanya.

Jasmin berkata, mayat tersebut sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tawau untuk bedah siasat, namun, tarikh bedah siasat belum diketahui.

Tambahnya, siasatan kes masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.