“Telah meninggal kira-kira seminggu” – Mayat Lelaki Dalam Guni Putih Ditemui Di Tepi Jalan

13 Jan 2023 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis telah menemui satu mayat yang sudah mereput dipercayai lelaki dan mayat tersebut dijumpai dalam bungkusan guni berwarna putih di tepi jalan.

Mayat yang belum diketahui identiti dan umur itu ditemui orang awam kira-kira pukul 6.10 petang di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang, Selangor.

image is not available

Dalam laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju.

“Mayat itu dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.

Selain itu, keadaan mayat dipercayai lelaki itu telah mulai mereput dan disyaki telah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu,” katanya.

Difahamkan, mayat itu telah pun dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Vijaya turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada talian 03-32912222 serta mana-mana balai polis berhampiran.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.