Mayat Ditanam: Bapa Pilih Lokasi Sunyi Di Rompin Untuk Tanam Mayat Anak – Polis

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 5:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lelaki yang disyaki membunuh dan menanam mayat anak lelakinya berusia enam tahun di kawasan Rompin, Jempol, bulan lalu dipercayai memilih lokasi tersebut kerana ia terpencil dan jarang dilalui orang ramai.

Menurut laporan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata siasatan awal mendapati suspek sudah biasa dengan kawasan berkenaan kerana kerap menggunakan laluan tersebut.

image is not available

Foto: BH

“Suspek memilih lokasi itu kerana mengetahui ia kawasan sunyi dan tidak banyak kenderaan melalui jalan tersebut. Kanak-kanak itu dibawa dari Johor dan dibunuh di kawasan berkenaan sebelum mayatnya ditanam,” katanya.

Menurut beliau, polis masih menyiasat motif kejadian namun masalah keluarga dipercayai menjadi punca utama.

Ahmad Dzaffir memaklumkan, suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol sehingga 7 Ogos dan proses pendakwaan akan disegerakan.

image is not available

“Kami sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan menuduh suspek sebaik reman tamat. Jika perlu, tempoh reman akan dilanjutkan untuk melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada 24 Julai lalu sebelum ditemui maut pada 28 Julai dengan mayatnya ditanam di kawasan sunyi di Rompin.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat jerutan menggunakan pengikat kabel.

Sumber: Buletin TV3