Mayat Hampir Reput Dijumpai, Suspek Bunuh Wanita 26 Tahun Diberkas – “Sempat Pergi Kemboja Support Harimau Malaya”

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 1:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki berusia 23 tahun diberkas selepas disyaki terlibat dalam kes bunuh yang melibatkan wanita berusia 26 tahun di Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata terdahulu pihaknya mendapat maklumat dan menemukan mayat yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja

Mangsa dikenal pasti Nurul Asikin Lan dan dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak lebih seminggu lalu.

image is not available

Menurut ahli keluarga, mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang lelaki warga tempatan dan telah membuat laporan polis dan berita kehilangannya turut tular di media sosial berserta gambaran lelaki yang keluar dengannya.

Kehilangan Nurul Asikin menjadi misteri apabila telefon bimbitnya tidak lagi berfungsi dan difahamkan suspek masih boleh dihubungi namun tidak pernah menjawab panggilan.

image is not available

image is not available

Suspek juga dikatakan sempat terbang ke Kemboja untuk menonton dan memberi sokongan Malaysia menentang negara itu sebelum ini.

image is not available

Lebih mencurigakan apabila mangsa tidak ke Kemboja bersama suspek dan ia mula menimbulkan tanda tanya. Kes tersebut kini dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau sebarkan maklumkan tidak sahih.

Sementara itu, kes ini mendapat perhatian Menteri Wanita Pembangunan & Masyarakat YB Nancy Shukri yang telah menziarahi keluarga mangsa serta mengingatkan kaum Hawa di luar sana agar tidak mudah mengikut lelaki yang baru dikenali.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 months ago

Abang Dedah Ada Jumpa Suspek Selepas 4 Hari Nur Farah Kartini Hilang - “Dia Nampak Takut Takut, Burukkan Nama Adik Saya...”