Mayat hampir reput ditemui dalam longkang, seorang lelaki ditahan

LocalPolitics
16 Dec 2024 • 11:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Polis mengesahkan menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh di Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki berusia 23 tahun itu diberkas pada Sabtu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis menemukan mayat yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja.

"Proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan.

"Permohonan reman ke atas suspek telah diperoleh selama tujuh hari sehingga Ahad," katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia boleh mengganggu siasatan dijalankan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Mereka juga boleh menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-24444 atau pegawai penyiasat kanan jenayah, Asisten Komisioner Tan Kian Kok di talian 010-5661576," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved