Remaja 14 tahun hilang dipercayai ikut teman lelaki

17 Dec 2024 • 9:44 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Nur Soleeha Sorfina Zabri, dilaporkan hilang di Kuantan pada Ahad, dipercayai mengikut teman lelaki yang baru dikenali sebagai ‘Ikhwan’.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu pada hari sama selepas ibunya menyedari anak perempuannya tiada di dalam bilik kira-kira jam 3 pagi di rumah mereka di Taman Sri Inderapura.

Menurutnya, ibu mangsa telah berusaha mencari anaknya di sekitar Kuantan namun gagal menemuinya sebelum membuat laporan polis sekitar jam 8.49 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengikut teman lelaki yang baru dikenalinya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, mangsa yang difahamkan sudah tidak bersekolah itu kali terakhir dilihat pada siang Ahad.

Wan Mohd Zahari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu atau mengenali individu bernama ‘Ikhwan’ agar segera menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian Hotline 09-5652089.