Mayat kanak-kanak hilang dikhuatiri lemas di Tawau ditemui

26 Dec 2023 • 11:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir di muara Sungai Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, ditemui pada Selasa, selepas kira-kira 12 jam dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa ditemui pada jam 6.45 pagi oleh orang awam lebih kurang 200 meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang, pada Isnin petang.

Menurutnya, mangsa yang dikenalpasti sebagai Adwa Iman Muhammad Iswan itu ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Susulan penemuan mangsa, SAR ditamatkan jam 7.40 pagi.

Terdahulu pada Isnin, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah terima panggilan kecemasan menerusi MERS999 mengatakan seorang kanak-kanak dipercayai jatuh di muara sungai Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas Batu 4.

Katanya, saksi iaitu ibu mangsa memberitahu anaknya tergelincir kemudian terjatuh lalu dibawa arus sewaktu bermain di belakang rumah sekitar jam 6 petang.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan memakai baju berwarna putih.

Jemishin berkata, sepasukan tujuh pegawai dan anggota dikerah ke lokasi sejauh lapan kilometer itu bersama dua jentera bagi melakukan SAR.

Bagaimanapun, SAR ditangguhkan jam 7.30 malam susulan cuaca gelap dan arus deras.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.