Mayat Kanak-kanak Lemas Di Pantai Batu Rakit Ditemukan

11 Jan 2026 • 11:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Kanak-kanak Lemas Di Pantai Batu Rakit Ditemukan

KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) — Mayat kanak-kanak lelaki lima tahun yang hilang selepas dihanyutkan ombak di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus pada Jumaat lepas ditemukan kira-kira 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mayat Muhammad Zarif Hazahari yang dijumpai oleh pasukan penyelamat itu terdampar di atas pasir, kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat anak kelima daripada enam beradik itu kemudiannya dibawa naik oleh anggota penyelamat dengan bantuan penduduk setempat.

“Operasi selama dua hari berjaya menemukan jasad Muhammad Zarif Hazahari yang terdampar di atas pasir Pantai Batu Rakit, kira-kira enam kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

“Oleh itu, polis menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan tidak menghampiri kawasan laut atau air pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang belum berakhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, Muhammad Zarif Hazahari yang keluar bersiar-siar bersama dengan ibu saudara dan dua sepupunya, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak ketika membasuh kaki di pantai itu dalam kejadian pada 6.43 petang.

BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju

Sumber: Bernama

The post Mayat Kanak-kanak Lemas Di Pantai Batu Rakit Ditemukan appeared first on Siakap Keli.