Mayat kedua kanak-kanak lemas mandi sungai ditemui

20 Mar 2025 • 12:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MUKAH, 20 MAC: Kanak-kanak kedua yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira 3.50 petang Selasa lepas ditemukan lemas hari ini.

Kanak-kanak perempuan Susie Kiu, 7, ditemukan penduduk kampung di Pantai Kala Dana kira-kira 6.4 kilometer dari lokasi kejadian pada 9.25 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak memaklumkan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Abang mangsa, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, ditemukan oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 4.40 petang semalam.

Dengan penemuan mayat kanak-kanak perempuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.50 petang Selasa, kedua-dua mangsa dikatakan mandi di sungai berkenaan, tidak jauh dari Jambatan Kuning Mukah.

Ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras.

— BERNAMA

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved