Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah

18 Mar 2025 • 9:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mandi di Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira jam 3.50 petang Selasa. Gambar hiasan

MUKAH - Dua kanak-kanak dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira jam 3.50 petang Selasa.

Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mereka menerima laporan berkenaan pada 4.23 petang, sebelum menggerakkan pasukan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Mukah ke lokasi kejadian.

"Pasukan tiba di lokasi pada jam 4.33 petang dan operasi pencarian segera dilakukan menggunakan kaedah pencarian atas permukaan air serta grapping iron.

"Bagaimanapun, operasi ditangguhkan pada jam 6.35 petang selepas mangsa gagal ditemui,” kata jurucakap pusat tersebut dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap itu, ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya, kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula pada pagi esok. - Bernama