Mayat Lelaki Berbungkus Selimut Ditemui Berdekatan Kolam Air Panas

26 Jul 2022 • 5:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Lelaki Ditemui Berdekatan Kolam Air Panas Dalam Keadaan Berbungkus Selimut

Mayat seorang lelaki ditemui di kolam Air Panas Lojing, Gua Musang, Kelantan dalam keadaan berbungkus dengan selimut dan diikat dengan menggunakan tali pada Ahad lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis menerima laporan berkenaan penemuan mayat tersebut kira-kira 8.30 malam.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut laporan, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan menerusi sisatan awal yang telah pihaknya lakukan di tempat kejadian.

Difahamkan, mayat lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an dengan ukuran ketinggian 1.6 meter tersebut didapati tidak mempunyai suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG).

Menurutnya lagi, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian