Memandu Jauh Seorang Diri Terutamanya Pada Waktu Malam? Korang Wajib ‘Set Live Location’ Ni

Entertainment
25 Jul 2022 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kita dikejutkan berita penemuan satu rangka manusia dalam kereta yang ditemui dalam Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah rangka tersebut dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada tahun lalu. Allahu…

image is not available

Walaupun kes seperti ini jarang sekali kita dengar berlaku, namun kita haruslah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko dari ia berlaku tambahan pula jika korang sejenis kerap travel secara jarak jauh di highway berseorangan di waktu malam.

Set ‘live location’ di WhatsApp

Antara perkara yang korang boleh lakukan untuk ‘alert’ ahli keluarga akan keberadaan korang ialah dengan set live location di aplikasi WhatsApp.

Berikut perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook berkenaan cara untuk set live location tersebut:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).

image is not available

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan (attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).

image is not available

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live (ikon pin bergerak).

image is not available

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.

image is not available

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

image is not available

Jika korang dapati lokasi pemandu di dalam perjalanan itu tak berubah dalam tempoh masa yang diragui, lebih baik hubungi pemandu untuk dapat kepastian jika ada apa-apa berlaku kepadanya.

Namun jika pemandu tak dapat dihubungi atau live location tadi terhenti tanpa sebab dari pemandu buat jangka masa yang lama, mungkin korang boleh pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga kita semua terus dilindungi dan saling prihatin antara satu sama lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.