Mayat lelaki botak dalam parit disiasat kes bunuh

1 Sep 2026 • 10:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki botak dalam parit disiasat kes bunuh

PETALING JAYA – Penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti di dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh, kini disiasat sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada 29 Ogos lalu.

Katanya, polis kemudian bergegas ke lokasi sebelum mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Hafiz, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa dan identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mangsa merupakan lelaki berkulit cerah, tidak mempunyai rambut dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter serta berat sekitar 50 kilogram,” katanya.

Tambahnya, hasil bedah siasat kemudian mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa menyebabkan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa selain mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga dengan ciri-ciri menyerupai mangsa diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Mohd. Reezal Mohammad @ Mohd Zain di talian 013-3479809 atau IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki botak dalam parit disiasat kes bunuh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved