Mayat Lelaki Dewasa Ditemukan Terapung Di Taman Tasik Danau Kota

28 Jun 2025 • 4:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Lelaki Dewasa Ditemukan Terapung Di Taman Tasik Danau Kota

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada 8.16 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Zulkefri Abdul Malik berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati satu mayat lelaki dewasa terapung di tengah tasik. Anggota operasi menggunakan tali dan pengusung (stretcher) untuk membawa mayat ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat berkenaan berjaya dibawa naik kira-kira 40 minit kemudian pada 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA