Mayat lelaki dikhuatiri lemas ketika menjaring ikan ditemui

1 Oct 2024 • 2:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat mangsa dibawa ke darat selepas ditemui lima kilometer dari tempat kejadian. Mangsa ditemui oleh PPDA pada jam 10.20 pagi Selasa. Foto JBPM )

image is not available
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto: JBPM

PEKAN - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah dibawa arus ketika menjaring ikan di Sungai Lepar berhampiran Ladang LKPP Jalan Gemuruh ditemui pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dikenali Muhamad Saifol Azmi Adiauddin, 33, telah ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 10.20 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemui sejauh 25 meter dari tempat kejadian.

"Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu bersama enam anggota PPDA dari BBP Pekan membuat pencarian di permukaan air dua kilometer radius dari tempat mangsa lemas.

**media[2829359]**

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.30 pagi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.19 petang pada Isnin.

Berdasarkan maklumat, seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala dua lelaki yang juga rakan mangsa selamat dikatakan sedang melakukan aktiviti menjaring ikan di sungai tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved