Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dijumpai di tepi jalan

7 Oct 2026 • 1:54 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dijumpai di tepi jalan

SUNGAI SIPUT: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di tepi jalan di Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri di kawasan tersebut kira-kira pukul 4.45 pagi.

Katanya, sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat awam, seorang lelaki dijumpai terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pegawai penyiasat kemudian menjalankan pemeriksaan luaran terhadap tubuh lelaki terbabit dan mendapati terdapat unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya. – UTUSAN

The post Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dijumpai di tepi jalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved