Lelaki dicekup, tak sempat edar dadah RM20,000

7 Oct 2026 • 10:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki dicekup, tak sempat edar dadah RM20,000

GUA MUSANG – Seorang lelaki tidak sempat mengedar sebanyak 1,104 biji pil kuda dan syabu seberat lebih 19 gram bernilai RM20,000 selepas dicekup di Felda Aring 1 di sini hari ini.

Suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gua Musang menjalankan Op Tapis di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek ditahan ketika sedang menunggang motosikal dan pemeriksaan menjumpai kesemua dadah itu.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dan sumber bekalan dadah tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki dicekup, tak sempat edar dadah RM20,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved