Rumah terbakar, warga emas maut terperangkap dalam bilik air

10 Sep 2026 • 10:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rumah terbakar, warga emas maut terperangkap dalam bilik air
Seorang warga emas lelaki berusia 66 tahun ditemui meninggal dunia di dalam bilik air selepas rumah dua tingkat didiaminya di Pasar Gok Kapor, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu terbakar pada Khamis.Foto:JBPM
Image from: Rumah terbakar, warga emas maut terperangkap dalam bilik air
Seorang warga emas lelaki berusia 66 tahun ditemui meninggal dunia di dalam bilik air selepas rumah dua tingkat didiaminya di Pasar Gok Kapor, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu terbakar pada Khamis.Foto:JBPM

KOTA BHARU - Seorang warga emas lelaki ditemui maut di dalam bilik air selepas rumah dua tingkat didiaminya di Pasar Gok Kapor, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini terbakar pada Khamis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Ridzuan Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.43 malam.

Menurut beliau, setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal.

"Kebakaran menyebabkan kira-kira 95 peratus struktur rumah berkenaan musnah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

**media[3643454]**

Ridzuan memberitahu, ketika operasi pemadaman dijalankan, pihaknya menerima maklumat terdapat seorang mangsa di dalam rumah terbabit.

Ujarnya, lelaki berusia 66 tahun ditemukan telah meninggal dunia di dalam bilik air.

Beliau memberitahu, operasi pemadaman menggunakan dua aliran pam jentera dengan empat pancutan.

"Api berjaya dikawal pada jam 9.24 malam," katanya.

Menurut beliau, operasi berkenaan membabitkan 35 anggota termasuk empat Pegawai Bomba Kanan II, 23 Pegawai Bomba, seorang Pegawai Bomba Bantuan dan tujuh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pengkalan Chepa.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved