Mayat Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Tepi Parit Di Kampung Tuanku

12 Apr 2024 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditemui oleh orang awam di tepi parit

Mayat Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Tepi Parit Di Kampung Tuanku. Seorang lelaki ditemui mati di tepi parit di Kampung Tuanku, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat tersebut pada jam 4.27 petang.

image is not available
Mayat Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Tepi Parit Di Kampung Tuanku. Sumber: Suara Sarawak

“Kejadian dilaporkan oleh orang awam dan mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun,” katanya semasa mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut dijalankan.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Baca lagi artikel menarik: