Lelaki ditahan selepas isteri ditemui mati dengan kesan cedera di kepala

12 Apr 2024 • 2:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kematian isterinya yang ditemui dengan kesan kecederaan di kepala, lebam di muka dan seluruh anggota badan dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kematian wanita berusia 61 tahun itu diketahui selepas pihaknya menerima laporan kematian mangsa pada jam 10.43 malam Selasa lalu.

Menurutnya, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.50 malam hari yang sama di Hospital Kulim.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dimasukkan ke Hospital Kulim pada jam 9 malam Isnin lalu selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Ladang BMR Batu Putih Karangan di Kulim,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan seluruh anggota badan dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

"Susulan itu, polis menahan suami mangsa berusia 57 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Azizul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun,” katanya.

Tambahnya, suspek direman enam hari sehingga 15 April ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu. – 12 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved