Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang

14 May 2024 • 2:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa dikatakan mempunyai rekod kesihatan yang kurang memuaskan

Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang. Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui mati di belakang kawasan letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Matang sebentar tadi. Berita ini dikongsikan oleh pihak Borneo Network menerusi laman Facebook mereka. Mayat lelaki tersebut dikenalpasti sebagai penduduk Kampung Paroh Sejijak.

Menurut laporan awal, si mati dipercayai menghidap penyakit tibi dan tekanan darah tinggi.

image is not available
Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang. Sumber: Borneo Network

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang terlibat dan buat masa ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat lelaki tersebut telah diambil oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Walaubagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai kejadian ini.

Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini untuk tampil membantu siasatan.

Baca lagi artikel menarik: