Mayat lelaki ditemui tersepit dalam longkang

29 Mar 2025 • 8:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 29 MAC: Mayat lelaki yang tidak dapat dikenal pasti identitinya ditemukan tersepit di dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.50 tengah hari tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun digegaskan ke lokasi kejadian.

“Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mayat berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.42 petang.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved