Mayat lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Sg Klang

10 Mar 2024 • 2:00 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Sungai Klang berhampiran tanah perkuburan Bukit Tandang, Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira 9 pagi.

"Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan tertiarap di dalam air dan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan luka pada dahi, luka lelasan pada kedua-dua tangan dan lebam pada rusuk kiri mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, tiada senjata ditemukan di lokasi kejadian dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

Kes disiasat sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang hari ini bagi mengenal pasti punca kematian, katanya. - 10 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved