Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Berdekatan Kawasan Belukar

18 Aug 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Mayat lelaki hampir reput ditemui terbaring di kawasan belukar dekat Kampung Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.

Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemui pada 3:20 petang oleh seorang lelaki selepas terhidu bau busuk ketika mencari kayu untuk dibuat bubu.

Menurut, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima laporan untuk tujuan siasatan.

"Lokasi penemuan mayat di atas bukit serta jauh daripada laluan utama dan berdasarkan keadaannya, kita percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih seminggu.


"Siasatan awal polis juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut," jelasnya.

Pihak bomba membantu mengeluarkan mayat yang berada kira-kira empat meter dari tebing di atas bukit.


Lokasinya yang jauh dari laluan utama menyebabkan kejadian tidak disedari penduduk.

Mayat dihantar ke Hospital Dungun dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber, Harian Metro, Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved