Mayat lelaki Indonesia ditemui

4 Sep 2024 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Mayat seorang lelaki warga Indonesia berjaya ditemui pada Selasa pagi semasa hari ketiga operasi pencarian dijalankan di sepanjang sungai Ladang Tomanggong, Kinabatangan.

Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Antonius Permisi, 45, dilaporkan telah terjatuh dari feri mengangkut barang di sungai tersebut pada petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB N.Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 petang, Ahad.

“Operasi pencarian dilaksanakan dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’ dengan menyelusuri sungai di sekitar lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Operasi mencari dan menyelamat adalah dengan bantuan sebuah bot orang kampung dan sebuah bot milik Ladang Tomanggong.

“Pada hari ketiga operasi ini, kita berjaya menemui mayat mangsa pada jam 10.30 pagi iaitu kira-kira 100 meter dari mangsa terjatuh,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.