Mayat lelaki Indonesia tersangkut pada dahan pokok

4 Oct 2023 • 2:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUANTAN - Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok getah di Ladang PKPP Sungai Ring, Charuk Puting, Temerloh pada Rabu.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin dipanggil bagi membantu membawa turun mayat lelaki terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan.Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 11.53 pagi.

Menurutnya, enam anggota ke lokasi untuk bantuan menurunkan mangsa yang awalnya hanya disangka tidak sedarkan diri.

"Mangsa berjaya dibawa turun namun disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved