Mayat lelaki reput ditemui di bekas tapak besi buruk

23 Nov 2026 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat lelaki reput ditemui di bekas tapak besi buruk
Polis siasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan reput di kawasan bekas tapak pengumpulan besi buruk.
Image from: Mayat lelaki reput ditemui di bekas tapak besi buruk
Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput ditemui di kawasan bekas tapak pengumpulan besi buruk di Jalan Bukit Lima.

SIBU - Polis sedang menyiasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan reput di kawasan bekas tapak pengumpulan besi buruk di Jalan Bukit Lima di sini petang semalam bagi mengenal pasti identiti dan punca kematiannya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 6.25 petang sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki itu sudah reput. Pemeriksaan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti identiti dan punca kematiannya,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

**media[3720104]**

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan polis sedang mengesan waris lelaki berkenaan.

Abang Zainal Abidin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau terdapat ahli keluarga dilaporkan hilang supaya menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Donny Lai di talian 013-833 5571, Balai Polis Ulu Lanang (084-211 221) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved