Calon SPM ditemui cedera di sekolah

23 Nov 2026 • 8:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Calon SPM ditemui cedera di sekolah
Seorang pelajar lelaki yang sedang menduduki peperiksaan SPM ditemui cedera dalam kejadian di sebuah sekolah menengah pada Isnin. Foto hiasan

BATU PAHAT - Seorang pelajar lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui cedera dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Menurutnya, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Lima mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mulut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Polis mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mulut. Mangsa juga mempunyai masalah kesihatan Tourette Syndrome.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved