Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dengan kesan tikaman

20 Jul 2026 • 8:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dengan kesan tikaman
Mayat lelaki berkenaan ditemukan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Isnin. - Foto: Tular

KAJANG - Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemui dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan penemuan itu diterima pihaknya pada jam 8.40 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an tanpa sebarang identiti dan pengenalan diri telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemeriksaan awal bersama pasukan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan yang dipercayai akibat senjata tajam pada tubuh mangsa.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Hospital Kajang mendapati punca kematian mangsa ialah akibat pendarahan di bahagian abdomen yang berpunca daripada kecederaan tikaman," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti identiti mangsa, mengesan saksi-saksi serta individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Ong Eng Yew di talian 012-696 6849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved