MBSJ sita pusat hiburan tanpa lesen di Puchong, Seri Kembangan

17 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBSJ sita pusat hiburan tanpa lesen di Puchong, Seri Kembangan

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyita dan menutup beberapa premis pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Bandar Puteri dan Seri Kembangan yang didapati beroperasi tanpa lesen sah.

MBSJ memaklumkan tindakan itu diambil menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan susulan aduan orang awam, berhubung aktiviti perniagaan dan hiburan yang disyaki beroperasi tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit gagal mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan, sekali gus menyebabkan tindakan sitaan dan penutupan dilaksanakan.

"MBSJ akan terus memperkukuh usaha pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan setiap pengusaha mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa serta memelihara ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan komuniti," katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, aduan berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang atau melanggar peraturan MBSJ berbuat demikian melalui pautan https://www.mbsj.gov.my/ms/saluran-aduan atau hubungi Jabatan Penguatkuasaan menerusi WhatsApp di 019-220 7823.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved